Bancian penduduk kelima bermula 6 Julai
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia kali kelima akan dilaksanakan tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, kerja-kerja pembancian itu akan dimulakan pada 6 Julai sehingga 22 Ogos depan di semua jenis tempat kediaman.
“Ini termasuk bukan warga negara yang telah atau akan tinggal di Malaysia bagi tempoh enam bulan atau lebih dalam tahun 2010.
“Hari Banci adalah pada 6 Julai 2010,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Chin Tong dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada bancian rakyat yang akan dijalankan pada tahun ini; bila ia dijadualkan; kos banci dan adakah ia mengambil kira bilangan dan jenis OKU.
Najib menjelaskan, pelaksanaan Banci 2010 diluluskan oleh Kabinet pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 April tahun lalu.
“Peruntukan untuk banci ini adalah sebanyak RM200.2 juta dan orang kurang upaya (OKU) akan dibanci di tempat kediaman mereka,” katanya.

Liew Chin Tong was elected on ticket of Democratic Action Party (DAP) as the Member of Parliament for Bukit Bendera, Penang in the March 2008 Malaysian election. He is a Member of DAP Central Executive Committee, serving as its International Secretary.