Tuesday, September 07, 2010
Read also: Home | English | Bahasa Malaysia | Chinese - 华文
Liew Chin Tong

PDRM memerlukan penstrukturan semula yang menyeluruh

Dalam pembahasan peringkat jawatankuasa Perbelanjaan Mengurus Tambahan kedua 2009, saya telah menyeru Kementerian Dalam Negeri supaya menstukturkan semula Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandukan cadangan-cadangan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM.

Cadangan ke-7 Laporan Suruhanjaya Diraja berbunyi “peralihan daripada paradigma ‘pasukan’ kepada paradigma ‘perkhidmatan’ yang dijangka selesai dilaksanakan pada Ogos 2005 dan cadangan ke-8 yang berbunyi

“menumpukan sumber kepolisan profesional kepada fungsi utama polis (iaitu membanteras jenayah), mengawamkan atau menyalurkan keluar (outsource) fungsi bukan utama polis” yang dijangka selesai dilaksanakan pada Mei 2007

langsung tidak diperdulikan oleh Kementerian Dalam Negeri mahupun PDRM.

Dalam Jawapan Parlimen kepada soalan bukan lisan saya pada sesi ini, terdapat jumlah keseluruhan perjawatan PDRM yang diluluskan pada 31 Disember 2009 adalah seramai 107,455 orang.

Kalau kesemuanya anggota polis tersebut menumpuhkan kekuatan mereka dalam pembanterasan jenayah, nisbah polis dengan penduduk, iaitu 1:270, tidak jauh daripada nisbah optimal Interpol 1:250.

Malangnya, tenaga polis kita tidak ditumpuhkan terhadap masalah jenayah.

Daripada jumlah tersebut, seramai 36,669 orang (kekuatan sebenar) adalah perjawatan dalam Jabatan Pengurusan yang kebanyakan boleh dijawatkan oleh pegawai awam dan bukan polis yang terlatih dalam kepolisan secara menyeluruh.

Kebanyakan kekuatan Jabatan Logistik sebanyak 10,788 juga boleh diawamkan atau disalurkan keluar.

Jabatan Siasatan Jenayah, yang seharusnya jabatan yang terpenting dalam usaha kita untuk mencegah jenayah, menpunyai kekuatan hanya 8,449.

Akan tetapi, Cawangan Khas, salah satu institusi penting semasa PDRM menghadapi cabaran komunis, masih mempunyai perjawatan 7,643 orang, yang hampir sama dengan Jabatan Siasatan Jenayah.

Saya difahamkan bahawa Pasukan Gerakan Am (PGA), yang dulunya Field Force atau Jungle Troop, cabang penting PDRM yang lain selain daripada Cawangan Khas, semasa perang terhadap komunis, tidak harus dikekalkan lagi. Kekuatannya haruslah disalurkan kepada tugas-tugas utama polis, iaitu pencegahan jenayah.

Penstrukturan semula PDRM diperlukan kerana struktur sedia ada telah hilang kegunaannya selepas Persejutuan Damai diantara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia pada tahun 1989.

KDN dan PDRM mestilah mengambil iktibar dari Laporan Suruhanrajaya Diraja 2005 dan melaksanakan pembahuran atau reformasi polis yang telah lama ketinggal masa.

Liew Chin Tong

2 Responses to “PDRM memerlukan penstrukturan semula yang menyeluruh”

  1. xxx Says:

    perbezaan antara konstabel sokongan dan konstabel regular. elaun perumahan yang ada pada konstabel sokongan tidak sama seperti konstabel regular eloklah di seragamkan kepada anggota dan pegawai dalam pdrm.oleh yang demikian konstabel sokongan selalu ketinggalan apabila kenaikan gaji dan perjawatan baru diumumkan.adakah konstabel sokongan ini tidak diberi keutamaan seperti pegawai dan anggota lain lain pangkat dalam pdrm dimanakah kebenarannya?

  2. xxx Says:

    elaun perumahan adalah keperluaan kepada semua kakitangan awam yang bertugas diluar bandar atau di bandar bandar besar melainkan kakitangan yang tinggal di rumah kerajaan jadi elok lah diseragamkan semua.tidak perlu mengikut taraf kelayakan disebabkan tempat tinggal adalah kepeluan kepada semua orang apatah lagi kepada yang menyewa rumah ??????????????

Leave a Reply