Q&A APCO Worldwide
Pertanyaan: Lisan
Daripada: YB Tuan Amran Bin Ab Ghani (Tanah Merah)
Tarikh: 18 Mac 2010
Soalan:
Tuan Amran Bin Ab Ghani (Tanah Merah) minta PERDANA MENTERI menyatakan benarkah APCO Worldwide yang diupah oleh Perdana Menteri untuk melancarkan Gagasan 1Malaysia juga menawarkan perkhidmatan mereka kepada Presiden Nigeria, Sania Abacha dan Presiden Nursultan Abishuly Nazarbayev.
Jawapan: (Dato Seri Mohd Nazri Bin Ab Aziz)
Tuan Yang Di-pertua
Kerajaan tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar negara untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus. Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh. Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi agar pendekatan dan amalan kita adalah sama dengan amalan terbaik dunia. Selain Malaysia, APCO Worldwide juga menyediakan perkhidmatan komunikasi kepada negara-negara lain. Perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh APCO kepada negar-negara lain adalah urusan dalam syarikat tersebut.

Liew Chin Tong was elected on ticket of Democratic Action Party (DAP) as the Member of Parliament for Bukit Bendera, Penang in the March 2008 Malaysian election. He is a Member of DAP Central Executive Committee, serving as its International Secretary.