Liew Chin Tong » Parlimen

Tiada cadangan mansuhkan PGA: Abu Seman
Kerajaan tiada cadangan untuk memansuhkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata ia berikutan tugas dan tanggungjawab pasukan itu sama seperti anggota polis dalam jabatan atau pasukan lain di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau menjawab soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) yang ingin tahu jumlah tenaga PGA serta adakah kerajaan bersedia menamatkan pasukan itu dan menyerapkannya dalam pasukan lain untuk membanteras jenayah.

Abu Seman berkata, PGA yang dahulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PHH) kini mempunyai kekuatan seramai 12,746 pegawai dan anggota.

Beliau berkata, pada masa ini pasukan itu ditugaskan untuk mencegah penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin terutama di sempadan negara, membanteras rompakan di laut dan mengawal keselamatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sempadan Malaysia-Thailand serta Sarawak, dan Malaysia-Kalimantan, Indonesia.

“Mereka juga terbabit membuat kawalan keselamatan orang kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa dan kawasan strategik lain, serta terbabit dalam operasi semasa krisis atau bencana. PGA juga ditugaskan untuk mencegah jenayah di kawasan panas di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),” katanya.

Menjawab soalan Ir Hamim Samuri (BN-Ledang) mengenai usaha memastikan PGA benar-benar boleh memberi sumbangan untuk menurunkan kadar jenayah di kawasan hitam ke tahap terendah, Abu Seman berkata tugas yang dipertanggungjawabkan kepada PGA di kawasan itu adalah membuat rondaan.

“PGA ada latihan asas polis berkaitan undang-undang, disiplin, kegunaan senjata api dan sebagainya. Sudah tentu tanggungjawab itu dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

BERNAMA

Berita Harian

Mstar

Kadar tol untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang
PERTANYAAN :         LISAN

DARIPADA:    TUAN LIEW CHIN TONG (BUKIT BENDERA)

TARIKH   :  16 JUN 2010 (RABU)

SOALAN

Tuan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) minta PERDANA  MENTERI menyatakan kadar tol yang ditetapkan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang selepas ia dibina dan adakah kadar tol Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada akan dikaitkan dengan jambatan kedua atau pun kadar tol tidak akan dikenakan selepas konsesi jambatan pertama berakhir.

JAWAPAN:

Kadar  tol bagi Jambatan Pulau Pinang Kedua bedasarkan 7 kelas pada tahun 2010 setelah siap beroperasi adalah seperti berikut :

Kelas  Kenderaan								Kadar Tol 2013 (RM)

Kelas 1 (Motosikal)										1.90

Kelas 2 (Kereta, teksi & van 2 Gandar 4 roda kecuali  MPV)	        9.40

Kelas 3 (Lori 2 gandar 4 roda termasuk Pick up & SUV)		        16.20

Kelas 4 (Lori 2 gandar 6 roda, van 2 Gandar 6 roda &                  33.60

bas 2 gandar 6 roda)

Kelas 5 (Lori 3 gandar)									60.60

Kelas 6 (Lori 4 gandar)									80.80

Kelas 7 (Lori 5 gandar)									100.90

Kadar tol yang ditetapkan di Jambatan  Pulau Pinang Kedua adalah selaras dengan kadar tol yang akan dikenakan di Jambatan  Pulau Pinang Pertama sehigga tamat tempoh  perjanjian  konsesi  jambatan pertama. Disebabkan jumlah pelaburan sebanyak RM4,500 juta dan tempoh konsesi selama 45 tahun, tol akan tetap dikenakan di Jambatan Pulau Pinang Kedua selepas konsesi jambatan pertama tamat.

Tahap kerja yang telah disiapkan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang dan kenapa jumlah kos pembinaan telah dinaikan ke RM 4.5 billion
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PETANYAAN : LISAN

DARPADA :  TUAN LIEW CHIN TONG (BUKIT BENDERA)

TARIKH  :  15 JUN 2010 ( SELASA)

SOALAN

Tuan Liew Chin Tong ( Bukit Bendera ) minta Perdana Menteri menyatakan tahap kerja yang telah disiapkan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang dan kenapa jumlah kos pembinaan telah dinaikan ke RM 4.5 billion dan adakah jumlah ini termasuk kos membina  “ casting yard”.

JAWAPAN :

Sehingga 23 April 2010 , tahap kerja yang telah disiapkan bagi kerja-kerja fizikal untuk Jambatan Pulau Pinang Kedua adalah seperti berikut :

a.	 Pakej 1 :  13.39%

b.	Pakej   2 :  16.51%

c.	 Pakej  3 :   Masih dalam  proses tender dan telah mula dinilai pada 19 Mac 2010

Kos pembinaan projek adalah tidak berubah dan kekal sebanyak   RM4,500 juta. Kos tersebut juga termasuk kos membina ‘ casting yard’ oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC  Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad.

7 cadangan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM tidak dilaksana
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tujuh daripada 125 cadangan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan.

Katanya kerajaan mempunyai alasan dan sebab tertentu untuk tidak melaksanakan cadangan berkenaan.

“Pertama, cadangan pengwujudan dan pelaksanaan Kod Etika yang sesuai. Kod Etika sedia ada dikekalkan kerana ia merangkumi aspek nilai murni sejagat, moral dan prinsip profesional PDRM.”Kedua, cadangan peralihan daripada paradigma “Pasukan” kepada paradigma “Perkhidmatan”. Perkataan pasukan perlu dikekalkan kerana ia menggambarkan PDRM sebagai satu agensi penguatkuasa yang mempunyai pelbagai peranan yang mana prinsip dan autoriti adalah wujud,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) yang meminta supaya Menteri Dalam Negeri menyatakan tahap kecapaian dan alasan untuk tidak melaksanakan cadangan Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM.

Hishammuddin berkata, cadangan ketiga yang tidak dapat dilaksanakan ialah pembentukan satu mekanisme penyemakan bebas yang telah diperjelaskan di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP).

“RUU SIAP telah diluluskan semasa persidangan Dewan Negara yang berlangsung dari 6 hingga 14 Julai 2009 yang lalu,” katanya.

Sidang dewan juga diberitahu, cadangan keempat iaitu menjadikan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) sebagai perundangan subsidiari di bawah Akta Polis 1997 tidak dapat dilaksanakan kerana PTKPN adalah prosedur tatacara dan teknik perisikan pelaksanaan tugas rahsia PDRM.

“Seterusnya yang kelima, pindaan terhadap undang-undang, peraturan dan prosedur kerja. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 bukanlah di bawah bidang kuasa PDRM,” katanya.

Cadangan Suruhanjaya bagi meningkatkan akauntabiliti cawangan khas juga katanya, tidak dapat dilaksanakan berikutan tahap akauntabiliti cawangan khas negara ini adalah selaras dengan negara lain.

“Cadangan ketujuh ialah mengadakan dua jawatan Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN). Cadangan ini telah diganti dengan mewujudkan tiga jawatan Penolong TKPN yang kini dalam peringkat pelaksanaan,” katanya.

Bernama

Kos kajian “Impact of Foreign Workers on the Malaysian Economy” sebanyak RM1.16 juta
SOALAN:

YB TUAN LIEW CHIN TONG [BUKIT BENDERA] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos kajian Majlis Tindakan Ekonomi Kebangsaan (NEAC) “Impact of Foreign Workers in the Malaysian Economy” dibentangkan 29 September 2004 dan adakah cadangan-cadangan terkandung dalamnya ditimbangkan sama sekali dan apa dasar baru yang telah dilaksanakan berdasarkan laporan kajian tersebut.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, kos kajian “Impact of Foreign Workers on the Malaysian Economy” adalah sebanyak RM1.16 juta.

Cadangan-cadangan yang terkandung di dalam kajian tersebut telah dibentangkan dan ditimbangkan dalam Mesyuarat Exco MTEN 27 Julai 2004. Seterusnya, Nota Kabinet mengenai kajian ini, yang mengandungi cadangan penambahbaikan dalam kajian tersebut telah dibentangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Julai 2004.

Dasar baru yang telah dilaksanakan berdasarkan laporan kajian “Impact of Foreign Workers in the Malaysian Economy” adalah sepert berikut:

a) KDN mewujudkan pasukan petugas untuk meneliti semula dasar dan prosedur pengambilan pekerja asing secara kesesluruhan.

b) Ditubuhkan Pusat Kelulusan Setempat (One Stop Centre) untuk memproses permohonan majikan yang lengkap dan layak mengambil pekerja asing. OSC dianggotai oleh MITI, KSM, KPPK dan CIDB.

c) Jawatankuasa baru ditubuhkan untuk memantau prosedur permohonan baru dan dianggotai oleh MITI, KSM, KPPK, KPIAT, KKR dan dipengerusikan oleh KDN. Jawatankuasa ini akan bertindak sebagai Jawatankuasa Kerja kepada JKKPA.

d) Job Clearing System (JCS) menjadi satu syarat memastikan semua pekerjaan ditawarkan keada rakyat tempatan terlebih dahulu. Majikan dinasihatkan supaya memohon JCS lebih awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan untuk mendapatkan pekerja asing.

e) KSM telah memperkenalkan Buku Panduan, Dasar dan Prosedur & Syarat-syarat Penggajian Pekerja Asing di Malaysia dan diedarkan kepada majikan yang ingin mengambil pekerja asing dan seterusnya memastikan proses pengambilan pekerja asing menjadi lebih teratur dan berkesan.

f) Mulai 1 April 2009, majikan akan menanggung bayaran levi (bertujuan mengurangkan kebergantungan industri terhadap pekerja asing).

g) Selain daripada itu, bagi memperkukuhkan lagi sistem pengurusan pekerja asing negara beberapa MoU telah ditandatangani antaranya adalah:

a. MoU Malaysia-Indonesia (PRA) 13 Mei 2006

b. MoU Malaysia -India 3 Januari 2009

Walaupun cadangan-cadangan dalam kajian tersebut telah pun dilaksanakan, perlu ditegaskan bahawa Kerajaan adalah perihatin dan memantau perkembangan asing di negara.

PDRM memerlukan penstrukturan semula yang menyeluruh
Dalam pembahasan peringkat jawatankuasa Perbelanjaan Mengurus Tambahan kedua 2009, saya telah menyeru Kementerian Dalam Negeri supaya menstukturkan semula Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandukan cadangan-cadangan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM.

Cadangan ke-7 Laporan Suruhanjaya Diraja berbunyi “peralihan daripada paradigma ‘pasukan’ kepada paradigma ‘perkhidmatan’ yang dijangka selesai dilaksanakan pada Ogos 2005  dan  cadangan ke-8 yang berbunyi

“menumpukan sumber kepolisan profesional kepada fungsi utama polis (iaitu membanteras jenayah), mengawamkan atau menyalurkan keluar (outsource) fungsi bukan utama polis” yang dijangka selesai dilaksanakan pada Mei 2007

langsung tidak diperdulikan oleh Kementerian Dalam Negeri mahupun PDRM.

Dalam Jawapan Parlimen kepada soalan bukan lisan saya pada sesi ini, terdapat jumlah keseluruhan perjawatan PDRM yang diluluskan pada 31 Disember 2009 adalah seramai 107,455 orang.

Kalau kesemuanya anggota polis tersebut menumpuhkan kekuatan mereka dalam pembanterasan jenayah, nisbah polis dengan penduduk, iaitu 1:270, tidak jauh daripada nisbah optimal Interpol 1:250.

Malangnya, tenaga polis kita tidak ditumpuhkan terhadap masalah jenayah.

Daripada jumlah tersebut, seramai 36,669 orang (kekuatan sebenar) adalah perjawatan dalam Jabatan Pengurusan yang kebanyakan boleh dijawatkan oleh pegawai awam dan bukan polis yang terlatih dalam kepolisan secara menyeluruh.

Kebanyakan kekuatan Jabatan Logistik sebanyak 10,788 juga boleh diawamkan atau disalurkan keluar.

Jabatan Siasatan Jenayah, yang seharusnya jabatan yang terpenting dalam usaha kita untuk mencegah jenayah, menpunyai kekuatan hanya 8,449.

Akan tetapi, Cawangan Khas, salah satu institusi penting semasa PDRM menghadapi cabaran komunis, masih mempunyai perjawatan 7,643 orang, yang hampir sama dengan Jabatan Siasatan Jenayah.

Saya difahamkan bahawa Pasukan Gerakan Am (PGA), yang dulunya Field Force atau Jungle Troop, cabang penting PDRM yang lain selain daripada Cawangan Khas, semasa perang terhadap komunis, tidak harus dikekalkan lagi. Kekuatannya haruslah disalurkan kepada tugas-tugas utama polis, iaitu pencegahan jenayah.

Penstrukturan semula PDRM diperlukan kerana struktur sedia ada telah hilang kegunaannya selepas Persejutuan Damai diantara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia pada tahun 1989.

KDN dan PDRM mestilah mengambil iktibar dari Laporan Suruhanrajaya Diraja 2005 dan melaksanakan pembahuran atau reformasi polis yang telah lama ketinggal masa.

Liew Chin Tong

Bancian penduduk kelima bermula 6 Julai
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia kali kelima akan dilaksanakan tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, kerja-kerja pembancian itu akan dimulakan pada 6 Julai sehingga 22 Ogos depan di semua jenis tempat kediaman.

“Ini termasuk bukan warga negara yang telah atau akan tinggal di Malaysia bagi tempoh enam bulan atau lebih dalam tahun 2010.

“Hari Banci adalah pada 6 Julai 2010,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Chin Tong dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada bancian rakyat yang akan dijalankan pada tahun ini; bila ia dijadualkan; kos banci dan adakah ia mengambil kira bilangan dan jenis OKU.

Najib menjelaskan, pelaksanaan Banci 2010 diluluskan oleh Kabinet pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 April tahun lalu.

“Peruntukan untuk banci ini adalah sebanyak RM200.2 juta dan orang kurang upaya (OKU) akan dibanci di tempat kediaman mereka,” katanya.

Utusan

Q&A APCO Worldwide
Pertanyaan:  Lisan

Daripada: YB Tuan Amran Bin Ab Ghani (Tanah Merah)

Tarikh:  18 Mac 2010

Soalan:

Tuan Amran Bin Ab Ghani (Tanah Merah) minta PERDANA MENTERI menyatakan benarkah APCO Worldwide yang diupah oleh Perdana Menteri untuk melancarkan Gagasan 1Malaysia juga menawarkan perkhidmatan mereka kepada Presiden Nigeria, Sania Abacha dan Presiden Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Jawapan: (Dato Seri Mohd Nazri Bin Ab Aziz)

Tuan Yang Di-pertua

Kerajaan tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar negara untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus. Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh. Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi agar pendekatan dan amalan kita adalah sama dengan amalan terbaik dunia. Selain Malaysia, APCO Worldwide juga menyediakan perkhidmatan komunikasi kepada negara-negara lain. Perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh APCO kepada negar-negara lain adalah urusan dalam syarikat tersebut.

Lebih 84 peratus anggota tentera orang Melayu
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata hanya terdapat 17,521 anggota bukan Melayu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 15.3 peratus daripada jumlah kekuatan keseluruhan pasukan tersebut.

Kajian yang dilakukan mendapati golongan bukan Melayu kurang berminat disebabkan ATM mengamalkan disiplin yang tinggi, keadaan tugas yang ‘rigid’ dan perlu bersedia berkorban masa serta nyawa, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata pihaknya mengadakan pelbagai program bagi menarik minat golongan bukan Melayu menyertai ATM seperti promosi kerjaya di Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah, promosi bersama dengan jabatan awam negeri, dan hebahan melalui media cetak dan elektronik.

- Bernama

malaysiakini.com

Jawapan parlimen 18 Mac 2010

Soalan:

Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilangan anggota ATM berketurunan bukan Melayu dan sama ada kajian dilakukan dalam memahami sebab sebenar kekurangan penyertaan mereka dalam ATM dan sama ada usaha telah dilakukan bagi memulihkan keadaan.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua

Penyertaan bukan Melayu di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa ialah 17,521 orang iaitu sebanyak 15.25 peratus (%) daripada kekuatan ATM.

Kementerian mengakui bahawa penyertaan kaum bukan Melayu di dalam perkhidmatan ATM masih berkurangan, namun terdapat peningkatan sejak kebelakangan ini. Kajian telah dilakukan dan mendapati kaum bukan Melayu kurang berminat disebabkan perkhidmatan ATM yang mengamalkan disiplin yang tinggi, keadaan tugas yang rigid, memerlukan semangat juang yang kental dengan meletakkan nyawa dan anggota sebagai satu pengorbanan serta kebebasan masa yang terhad bagi kepentingan peribadi.

Tuan Yang Di-Pertua,

Kementerian sentiasa berusaha menarik minat golongan bukan Melayu untuk menyertai ATM. Di antara langkah-langkah yang telah dilakukan adalah seperti berikut:

1. Mengadakan promosi-promosi kerjaya di IPTA/IPTS/Sekolah-sekolah.

2. Mengadakan ‘road tour’ mempromosikan kerjaya ketenteraan di sekolah-sekolah terpilih.

3. Mengadakan sessi penerangan berhubung aspek ketenteraan semasa Pameran LIMA, DSA dan hari Ulangtahun ATM (Darat, Laut dan Udara).

4. Mengadakan hebahan melalui media cetak dan elektronik termasuk akhbar berbahasa Cina dan India.

5. Mengadakan ‘Joint Promotion’ dengan jabatan awam negeri seperti Badan Kebudayaan Negeri, AADK, jabaan pendidikan Negeri.

6. Pameran kerjaya bersama-sama dengan persatuan-persatuan negeri seperti Persatuan Sivik India sempena Perayaan ‘Unggal Punggal’.

7. Promosi dan syarat memasuki perkhidmatan ATM melalui laman web rasmi ATM dan juga melalui Jobs Malaysia.

Kos Penyelenggaraan Jenis Pesawat MIG dan F18 sejak tahun 2000
JAWAPAN LISAN PARLIMEN 16 MAC 2010

SOALAN:

Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kos penyelenggaraan jenis pesawat MIG dan F18 sejak tahun 2000, sama ada siasatan dalaman TUDM untuk mengenalpasti tahap penyelewengan dalam ATSC yang telah mengakibatkan kos penyelenggaraan MIG lebih mahal beberapa kali ganda daripada jenis pesawat lain.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Kajian menunjukkan kos pembelian alatganti dan pembaikan bagi pesawat MIG-29N adalah 70% lebih tinggi berbanding dengan kos bagi pesawat F-18. Bagi setiap satu jam pengoperasian pesawat MIG-29N kadar kos pembelian alatganti dan pembaikan adalah sebanayak RM49 juta berbanding dengan pesawat F-18 sebanyak RM29 juta.

Tiada penyelewengan dikesan atau dilaporkan di dalam pembelian alatganti dan pembaikan komponen di Aerospace Technology System Corporation (ATSC). Kos penyelenggaraan pesawat MIG-29N lebih tinggi adalah kerana kos alatganti dan pembaikan komponen pesawat tersebut adalah jauh lebih mahal.