Wednesday, March 10, 2010
Read also: Home | English | Bahasa Malaysia | Chinese - 华文
Liew Chin Tong

Wakil rakyat muda Pakatan yakin ia semakin kuat

Wakil rakyat muda Pakatan Rakyat percaya gabungan parti berkenaan kini bertambah kuat apabila elemen-elemen yang tidak diperlukan dalam parti itu kini telah menyingkirkan diri mereka.

Mereka juga akur dengan tugas berat yang kini dipikul dalam mentadbir negeri-negeri yang dikuasai Pakatan – Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan – serta cabaran untuk mengekalkan sokongan di negeri-negeri berkenaan.

Pandangan ini disuarakan dalam satu forum Wacana Generasi Perubahan dengan tajuk Dasar Bersama Pakatan dan masa depan politik Malaysia di Petaling Jaya malam tadi.

Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin muda ini turut mengakui terdapat isu-isu yang mampu menggugat pakatan tersebut, seperti isu penggunaan kalimah Allah yang didakwa telah dimanipulasikan oleh Umno.

Wakil Bukit Bendera Liew Chin Tong (DAP) berkata isu kalimah Allah telah diketahui oleh Umno sebagai satu senjata ampuh yang boleh digunakan bagi menyerang Pakatan.

Bercakap dalam forum itu malam tadi, beliau mendakwa, naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberitahu satu mesyuarat biro politik Umno bahawa ia merupakan satu-satunya isu yang boleh memecahbelahkan Pakatan dengan mudah.

Menurut Liew, inilah yang menyebabkan Pakatan perlu menguatkan kesepakatan dalam mencari ruang bersama di antara anggota gabungan parti tersebut bagi menangkis serangan seperti itu.

Menyetujui pendapat itu ialah seorang lagi wakil rakyat PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) yang mendakwa kesan daripada isu kalimah Allah itu sememangnya telah dirancang oleh Umno.

“Pada Februari 2009 ada undang-undang baru yang diluluskan oleh (Datuk Seri) Syed Hamid Albar di Parlimen, tapi tidak sampai setahun mereka sendiri melawan undang-undang yang mereka buat.

“Mereka jugalah yang memperkenalkan isu kalimah Allah. Tidakkah rakyat boleh melihat tangan-tangan ghaib mereka?”

Katanya, label ‘ejen Yahudi’ yang sering dilemparkan kepada PKR kini terkena kepada batang hidung Umno sendiri apabila presiden parti itu Datuk Seri Najib Tun Razak, menurutnya, diketahui mengupah sebuah firma strategik asing untuk membina imej beliau.

Sementara itu, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata parti-parti di bawah Pakatan kini mengambil juga pendekatan yang lebih pragmatik dalam menghadapi dasar-dasar yang diperkenalkan BN seperti cukai barang (GST).

“Kita mengambil pendirian pragmatik, kita tidak tolak sepenuhnya (GST) sebab kita berminat untuk jadi kerajaan,” katanya ketika menjawab satu soalan dalam sesi seterusnya.

“Pendirian kita, GST itu tidak sepatutnya diperkenalkan sekarang sedangkan rakyat sudahpun terbeban dengan cukai yang sedia ada.

“Kerajaan perlu mengurangkan subsidi korporat kepada syarikat yang menerima konsesi besar daripada kerajaan seperti penjana tenaga bebas (IPP) dan Syabas,” katanya.

Seorang ahli panel, Amiruddin Shari yang juga ADUN Batu Cave berkata, kesungguhan Pakatan dalam mengaplikasikan dasar Pakatan itu boleh dilihat dalam usaha kerajaan negeri Selangor menyeimbangkan bantuan kepada setiap golongan masyarakat.

“Contohnya kita beri bantuan sebanyak RM4 juta kepada kepada sekolah agama rakyat, RM4 juta untuk sekolah Cina dan RM4 juta kepada sekolah Tamil,” katanya di forum itu yang dihadiri lebih 100 orang.

“Kita juga ada (konsep) CAT (Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti) di Pulau Pinang dan Selcat (jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan) di Selangor untuk pastikan setiap DUN berfungsi dengan aktif melalui kaedah semak dan imbang,” katanya lagi.

Turut bercakap dalam forum berkenaan ialah wakil PAS Suhaizan Kaiat dan juga pegawai penyelidik menteri besar Selangor Tricia Yeoh.

Dasar bersama Pakatan Rakyat kali pertama dibentangkan pada 19 Disember lalu, yang menyaksikan dukungannya secara rasmi oleh kesemua pemimpin tertinggi PAS, DAP dan PKR dalam satu konvensyen yang julung kali diadakan.

malaysiakini.com

SOALAN BUKIT BENDERA Mesyuarat Pertama Penggal ketiga, Parlimen Kedua Belas persidangan parlimen sessi Mac 2010 yang akan bermula pada 15 Mac 2010 (Isnin).

Soalan-soalan Lisan

1. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos Kajian Majlis Tindakan Ekonomi Kebangsaan (NEAC) “Impact of Foreign Workers on the Malaysian Economy” dibentangkan 29 September 2004 dan adakah cadangan-cadangan terkandung dalamnya ditimbangkan sama sekali dan apa dasar baru yang telah dilaksanakan berdasarkan Laporan Kajian tersebut.

2. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada bancian rakyat yang akan dijalankan pada tahun 2010, bila ia dijadualkan, kos banci tersebut, dan adakah ia mengambil kira bilangan dan jenis OKU?

3. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kos penyelenggaran jenis pesawat MIG dan F18 sejak tahun 2000, sama ada siasatan dalaman TUDM diadakan untuk mengenalpasti tahap penyelewengan dalam ATSC yang telah mengakibatkan kos penyelenggaraan MIG lebih mahal beberapa kali ganda dari jenis pesawat lain?

4. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilangan anggota ATM berketurunan bukan Melayu, dan sama ada kajian dilakukan dalam memahami sebab sebenar kekurangan penyertaaan mereka dalam ATM dan sama ada usaha telah dilakukan bagi memulihkan keadaan.

5. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah program memaklumkan ahli-ahli parlimen berkenaan isu-isu pertahanan seperti Australian Defence Force Parliamentary Program di Malaysia akan diadakan? Selain daripada program Wataniah, apakah caranya untuk ahli-ahli Parlimen yang berminat dengan isu-isu ketenteraan laut dan udara menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.

6. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada Kertas Putih akan dikeluarkan untuk memaklumkan Dewan ini dan rakyat Malaysia berkenaan isu kehilangan enjin jet, termasuk punca insiden, jenis aset ATM lain yang telah hilang dan proses keselamatan baru yang dilaksanakan serta bagaimana untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

7. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kos sebenar penyelenggaran kapal selam TLDM, kontraktor penyelenggaran, dan sebab-sebab kapal selam tidak dapat menyelam.

8. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan alasan-alasan buku biografi “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times” oleh Barry Wain tidak dibenarkan untuk penjualan sejak tiba di Pelabuhan Klang pada November 2009.

9. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status proses pendaftaran kerakyatan kaum orang asal di Sarawak, khasnya di kawasan Baram dan bolehkah had masa 2011 dicapai dan sama ada cadangan untuk mengadakan Operasi Pendaftaran Bersepadu dengan agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Pejabat Residen dan Daerah, Mahkamah Bergerak, Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Kesihatan, Polis DiRaja Malaysia, dan sebagainya telah dilaksanakan?

10. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kerajaan akan menyediakan kemudahan akses bagi pelajar-pelajar OKU yang menyertai sekolah-sekolah rendah dan menengah biasa (bukan sekolah pendidikan khas) di setiap negeri; jika ada berapaka sekolah rendah dan menengah telah disediakan mengikut negeri dan jika tiada, apakah dasar untuk berbuat demikian?

Soalan Bukan Lisan
1. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI DALAM NEGERI menyenaraikan tahap kecapaian dan alasan ataupun penghuraian jika tidak dicapai bagi setiap daripada 125 cadangan-cadangan Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang dibentangkan tahun 2005.

2. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI DALAM NEGERI menyenaraikan perjawatan diperuntukan dan kekuatan sebenar PDRM mengikut komponen utama operasi dan menyatakan adakah komponen yang mana yang telah tertinggal masa seperti Pasukan Gerakan Am akan dimansuhkan.

3. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan pengambilan Pelajar Ijazah Saujana Muda Pergigian di IPTA, mengikut kategori latar belakang pendidikan (iaitu STPM, Matrikulasi atau lain-lain), kaum dan jantina, pada tahun 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009.

4. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan guru yang dilatih bawah program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dan Kursus Penguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Pendidikan Bahasa Cina di Institut Perguruan di bawah Kementerian Pelajaran pada 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009.

5. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI KEWANGAN menyenaraikan tanggungan kewangan secara terus (direct financial obligations) Kerajaan Malaysia dalam bentuk jaminan kewangan untuk instrumen hutang (debt instruments) seperti Sukuk, MTB (Malaysian Treasury Bills), Cagamas Bonds dan lain-lain dengan maklumat jenis tanggungan (type of obligation), amaun pokok (principal amount), hari kematangan (maturity date), penerbit (issuer), bayar balik atau bunga lanjutan tempoh (refinance interest); dan juga tanggungan kewangan yang bukan secara terus dalam bentuk jaminan bon terbitan GLC dan agensi kerajaan pusat dan negeri.

Usul

“Bahawa dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh MINDEF, mesti dibawa ke parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara.”

(MENTERI PERTAHANAN)

Jawatan Tatatertib PR Kekang Putarbelit Media

Pertubuhnya Jawatankuasa Tata Tertib Pakatan Rakyat akan mengukuhkan hubungan sesama parti gabungan untuk berganding bahu melawan serangan bertali arus dari musuh politik.

Ia melambangkan kemantapan dan kematangan gagasan itu dalam mengendalikan kecelaruan yang kerap ditimbulkan media kawalan Umno-Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berpendapat penubuhan jawatankuasa itu meningkatkan kualiti disiplin pemimpin parti gabungan.

Jawatankuasa itu dapat mengelak perselisihan antara pemimpin yang sebenarnya bersandarkan amalan keterbukaan, diputar belit demi kelangsungan politik Umno-BN.

“Saya melihat ini sebagai mekanisme atau langkah yang diperlukan. Jikalau isu-isu tidak diselesaikan sekurang-kurangnya isu-isu ini dapat dikendalikan dan masalah-masalah yang akan berlaku boleh dikesan sebelum berlaku, sebelum isu-isu tersebut diperbesarkan oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat”. Read the rest of this entry »

Selangor Anjur “Forum Awam: Implikasi GST Kepada Rakyat”

Selangor Anjur “Forum Awam: Implikasi GST Kepada Rakyat”

Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan orang awam untuk hadir ke “Forum Awam: Implikasi GST Kepada Rakyat” pada hari Rabu depan (24 Februari), jam 8 malam hingga 11 malam di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Program anjuran Pejabat Menteri Besar ini bertujuan untuk menganalisa implikasi cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap pasaran tempatan, khususnya kehidupan rakyat secara umum.

Ahli panel terdiri daripada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang), YB Tuan Tony Pua Kiam Wee (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara), YB Tuan Dzulkefly bin Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor) dan En Mohd Rafizi Ramli (Ketua Eksekutif, Pejabat Penasihat).

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor
www.selangorkini.com.my
www.tvselangor.com

Pengundi Bayan Baru Lepas Geram Di Facebook Zahrain

Selain pembentukan banyak kumpulan maya dalam laman sosial, facebook mendesak Datuk Zahrain Mohd Hashim mengosongkan kerusi, facebook milik Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menjadi sasaran kecaman pengundinya sendiri yang mahu beliau meletak jawatan sebagai ahli parlimen.

Malah, penyokong Pakatan Rakyat yang bukan pengundi Bayan Baru juga meninggalkan banyak komen menggesa Zahrain meletak jawatan dan sebahagian pula menyindirnya supaya masuk Umno.

“Please resign as MP. You wouldn’t have gotten my vote if you were contesting as an independent and definitely not if on an UMNO ticket. You haven’t done anything for Bayan Baru either so you won’t be missed,” kata seorang pengunjung facebook Zahrain.

Ini menunjukkan desakan terhadap Zahrain Hashim supaya mengosongkan kerusi Parlimen Bayan Baru itu bukan hanya datang dari kalangan orang politik, sebaliknya dari pengundi akar umbi.

Misalnya, seorang pengundi Bayan Baru melancarkan grup ‘Call for Zahrain to quit resign as MP of Bayan Baru’ yang menulis surat terbuka dan menyatakan undi mereka adalah untuk PKR, bukannya kepada individu.

TVSelangor difahamkan, sekurang-kurangnya 120 individu membentuk kumpulan maya mendesak bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang itu membuka ruang kepada pilihan raya baru Parlimen itu.

Mengulas perkembangan itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dari DAP berkata pemimpin Pakatan Rakyat dan pengundi mahu Zahrain mengosongkan kerusi tanpa sebarang syarat.

“Zahrain dipilih atas tiket parti. Kalau dia keluar parti, itu atas isu moral atau prinsipal. Tapi, secara prinsip, dia harus mengembalikan mandat kepada rakyat dan memberi peluang rakyat supaya buat keputusan baru,” katanya.

Selain Chin Tong, beberapa pemimpin PKR dan Pas termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat turut meminta Zahrain mengosongkan kerusi Parlimen itu kerana tidak lagi membawa dasar perjuangan Pakatan Rakyat.

tvselangor

18% Melayu yang diperuntukan tapak perniagaan MPPP, jangan menyalahkan Pakatan Rakyat

Kenyataan Media oleh Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Kerjaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas)

18% Melayu yang diperuntukan tapak perniagaan MPPP, jangan menyalahkan Pakatan Rakyat

Yang DiPertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir telah menggunakan statistik hanya 18% Melayu diperuntukan kepada orang Melayu untuk menuduh kerajaan Pakatan Rakyat meninggirkan orang Melayu di Pulau Pinang.

Tetapi Rizal sengaja tidak mahu menerangkan bahawa 18% ini adalah angka yang terkumpul sejak adanya MPPP dan zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Kalau pada 31.12.2009, Cuma 18% tempat perniagaan terdiri dari orang Melayu ini adalah hasil daripada dasar peruntukan yang diambil sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Rizal Cuma memberi gambaran palsu bahawa tiba-tiba orang Melayu hanya dapat 18% di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Dasar Pakatan Rakyat adalah supaya PBT memainkan peranan menggalakkan kegiatan ekonomi.

Dalam dua tahun Pakatan Rakyat memerintah, MPPP telah mengeluarkan tawaran sebanyak 1035 tapak perniagaan, iaitu 575 pada tahun 2008 dan 460 pada tahun 2009.

Ini berbanding dengan 406 bagi dua tahun sebelum ini, iaitu 145 (2006) dan 261 (2007).

Jelasnya Pakatan Rakyat telah memberi lebih banyak peluang untuk perniagaan kecil dalam tempat yang dikendalikan oleh MPPP.

LAPORAN RINGKAS SESI TEMUDUGA YANG TELAH DILAKSANAKAN BAGI TAHUN 2008 DAN 2009

Jumlah Berjaya Ditawarkan

Tahun Melayu Cina

India Jumlah
2008 248

(43.1%)

275

(47.8%)

52

(9%)

575
2009 201

(43.7%)

221

(48%)

38

(8.3%)

460

Angka-angka ini sekali lagi membuktikan MPPP tidak mengamalkan dasar perkauman. Sekali lagi tuduhan Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir adalah tidak benar dan berniat jahat untuk menjejaskan imej Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

JASA tidak berjasa

Perkhidmatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi kerajaan pusat, perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas kenyataan bekas pegawai khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar telah membuat kenyataan berbau perkauman yang memperlekehkan kaum bukan Melayu baru-baru ini.

Ini adalah kerana JASA – sebuah jabatan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan – secara sedar telah menganjurkan majlis “Rapat 1Malaysia” di Melaka di mana Nasir berpeluang membuat kenyataan yang menghina sebahagian besar rakyat Malaysia.

JASA, sebagaimana Biro Tata Negara (BTN) yang juga sebuah agensi kerajaan pusat, telah terlibat dengan usaha-usaha menanam unsur-unsur negatif terhadap hubungan antara kaum serta menabur kebencian terhadap pihak pembangkang.

Read the rest of this entry »

Jom, sertailah kami di Tapak Ekspo Seberang Jaya dengan Guan Eng pada Ahad 9pm: Ceramah Karnival Penang Harmoni

Tarikh: 7hb Febuari, 2010 (Ahad)
Masa: 9pm
Tempat: Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Dengan ini dimaklumkan bahawa Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng, Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayup (Ahli Parlimen Kawasan Kubang Kerian) dan Naib Presiden PKR YB Sivarasa K. Rasiah (Ahli Parlimen Kawasan Subang) akan mengadakan ceramah di tapak tersebut, untuk membincang isu-isu semasa dan kemelut politik negeri Pulau Pinang.

Datang ramai-ramai.

Pakatan Rakyat perlu selesaikan segera masalah dalaman, harus berhati-hati dengan fitnah dan pembohongan

Melalui urus tadbir Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) yang diamalkan sejak hampir dua tahun lalu, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pimpinan Saudara Lim Guan Eng di Pulau Pinang telah banyak membantu rakyat berpendapatan rendah di Pulau Pinang terutamanya orang Melayu dan Islam.

Antara usaha yang telah dilaksanakan termasuk membebaskan pentabiran negeri khususnya urusan kewangan yang bebas dari rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi. Usaha-usaha ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pegawai dan kakitangan awam yang ikhlas, jujur dan bertekad untuk berkhidmat untuk rakyat.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya membasmi masalah kemiskinan tegar yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu Islam dengan memberi imbuhan supaya memastikan setiap keluarga miskin mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM500.

Kerajaan Negeri juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz, peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan menambah peruntukan hal-ehwal Islam kepada RM20.5 juta pada tahun 2009 dan meningkat lagi keada RM24.3 juta bagi tahun 2010; lebih tinggi daripada yang pernah diperuntukkan oleh kerajaan sebelum ini.

Hasil daripada semua usaha ini, termasuk pendekatan berhemat, telah dibuktikan melalui Laporan Ketua Audit Negara terhadap pengurusan kewangan jabatan Kerajaan Negeri di mana dalam anggaran Belanjawan 2008, defisit RM35 juta telah berubah kepada lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang. Bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit sebanyak RM40 juta telah ditukarkan kepada lebihan RM77 juta.

Oleh itu, apabila timbul masalah di mana ada segelintir ahli politik dari parti komponen Pakatan Rakyat telah menuduh Lim Guan Eng sebagai “diktator, cauvinis dan berfikiran komunis”, ia adalah dakwaan yang tidak berasaskan dan boleh mewujudkan satu ketegangan yang meresahkan rakyat.

Semua pihak yang terlibat perlu sentiasa ingat bahawa matlamat dan fungsi parti politik hanya untuk membawa rakyat kepada kebaikan dan berkhidmat sebagai wakil kepada rakyat, dan bukannya berlagak menjadi tuan. Tidak ada yang lebih penting kecuali untuk kepentingan rakyat.

Untuk menangani dan menyelesaikan masalah ini, semua pemimpin, anggota dan penyokong Pakatan Rakyat harus kembali merujuk kepada dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui dalam satu perhimpunan bersejarah di Shah Alam, Selangor pada 19 Disember, 2009.

Dalam persetujuan sebulat suara Muafakat Baru Untuk Rakyat Malaysia, semua parti komponen Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk memebasmi “faham perkauman sempit, politik adu domba dan demokrasi otoritarian” serta “menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golonga miskin di Malaysia tanpa mengira kaum”.

Semua pemimpin, anggota dan penyokong Pakatan Rakyat juga harus sentiasa berwaspada dengan dakyah dan fitnah yang berbau perkauman yang disebarkan oleh media arus perdana milik UMNO dan Barisan Nasional. Media-media ini menutup berita-berita tentang usaha murni Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam membangunkan negeri serta membantu rakyat miskin terutamanya orang Melayu. Sebaliknya, media-media ini akan terus memutarbelitkan usaha-usaha Saudara Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri bersama sahabat-sahabatnya dalam Pakatan Rakyat.

Golongan yang tidak mampu menawarkan keadilan, peluang saksama dan amalan demokrasi hanya mampu bergantung kepada fitnah dan dakyah perkauman untuk menimbulkan kebencian di kalangan rakyat. Politik, kewartawan dan propaganda yang jijik ini mesti ditolak oleh rakyat Malaysia yang cintakan kesejahteraan, perpaduan dan keharmonian.

Dengan itu, masalah yang timbul sekarang perlu diselesaikan dengan segera oleh kepimpinan Pakatan Rakyat supaya ia tidak akan terus menjadi bahan fitnah oleh pihak-pihak yang benci dengan usaha membasmi penyelewengan dan perpaduan kaum.

Liew Chin Tong

Harakah
merdekareview.com

LIM GUAN ENG: Piagam DAP Dengan Malaysia Tengah

Apabila saya mengambil alih sebagai Setiausaha Agung DAP pada tahun 2004, saya dan rakan seperjuangan bertekad untuk memimpin sebuah Parti yang beraspirasi membentuk Kerajaan dan bukan sebuah Parti yang akan kekal sebagai Pembangkang. Sesebuah parti politik yang tidak mempunyai aspirasi mencapai kuasa politik bagi melaksanakan program yang memanfaatkan Rakyat tidak layak untuk terus wujud.

Apabila DAP pertama kalinya mengetengahkan visi ini pada tahun 2005 untuk menjadi sebuah rakan kongsi kuasa dalam Kerajaan dalam tempoh masa 10 tahun, tidak ramai yang berkongsi harapan kita. Tetapi kita telah menaruh harapan kepada Rakyat Malaysia yang mengidamkan perubahan. DAP cekal dalam perjuangan sejak 1966 kerana kita menaruh harapan kepada Rakyat Malaysia, sama ada Muslim atau pun bukan Muslim yang inginkan keadilan, kehidupan yang aman dan harmoni, kekayaan bersama dan yang inginkan anak mereka hidup di sebuah dunia yang lebih baik daripada dunia lama mereka.

Pemimpin DAP telah bertungkus-lumus sepanjang perjalanan kita yang penuh kesukaran akibat daripada penindasan oleh sistem perundangan yang tidak adil dan penindasan politik yang keji. Kita cekal hanya berbekalkan dengan kepercayaan bahawa Malaysia ialah sebuah negara untuk semua Rakyat dan menaruh harapan kita kepada Rakyat Malaysia. Ramai yang berpendapat bahawa perjuangan kita adalah sia-sia kerana mereka telah hilang keyakinan mereka kepada Rakyat sedangkan Rakyat yang berkongsi kepercayaan tersebut dan mengidamkan Malaysia yang lebih baik. Tetapi pemimpin dan ahli DAP yang tulen serta tabah tidak pernah berputus asa.

Pilihan raya umum 2008 di mana berlakunya apa yang dikatakan sebagai tsunami politik telah mengubah segala-galanya. Tiada sesiapa yang menyangka bahawa perubahan akan berlaku dengan begitu pantas sekali. Rakyat telah menaruh kepercayaan mereka kepada kita dan kita mestilah membalas keyakinan mereka tersebut. Walaupun kita tidak berpengalaman, kita telah mempelajari selok-belok pentadbiran Kerajaan dan kita percaya bahawa Pakatan Rakyat telah mentadbir jauh lebih baik dalam masa dua tahun ini daripada pemerintahan BN sepanjang 20 tahun lalu. Read the rest of this entry »